Saturday, March 20, 2010

dia telah kembali...

Aku masih di pejabat ketika aku menerima panggilan dari Abah. "Dengar baik-baik", kata Abah. "Ab dah tak ada. Ab tak bangun dari tidur". Berderau darah aku. Aku cuba tenangkan diri. Aku hubungi Emak. Aku ulang apa yang Abah kata. Aku beritahu pada Emak, Abah akan datang ambil Emak, Along & aku kemudian kami akan terus ke tempat Ab di Shah Alam.

Aku tunggu... 10 minit, 20 minit. Lamanya! Aku SMS Emak, bertanyakan dia di mana. Emak balas SMS aku dengan panggilan. "Adik, sedekah Fatihah banyak-banyak untuk Ab. Sekarang lecturer & polis dah ada kat sana, tengah uruskan nak bawa Ab ke hospital". Fatihah??? Polis??? Aku terus menangis. Aku bukan budak kecil. Aku faham maksud Emak. Betulkah? Kenapa? Bila? Macam-macam yang aku fikirkan. Ab sihat saja pada pandangan mata aku. Bila dia sakit? Apa sakitnya?

Kami tiba di rumah sewa Ab lebih kurang jam 11. Ramai sudah berkumpul di situ. Rata-ratanya kawan-kawan Ab & pihak UiTM. Aku nampak Emak mendaki tangga ke tingkat 4, laju saja langkah Emak. Kaki Emak sebenarnya sakit sejak Disember tahun lepas. Tapi kerana anak yang tersayang, Emak gagahkan juga melangkah. Emak, Abah & Along sampai dulu di rumah sewa Ab. Bila aku tiba, aku nampak Emak sudah terduduk. Aku nampak Ab. Aku nampak adik aku sudah biru badannya. Aku duduk di kaki Ab, aku pegang kakinya. Sejuk. Sayu hati aku lihat Emak menangis di tepi jasad Ab. Abah di bahagian kepala. Aku nampak Abah usap-usap kepala Ab. Bila semua sudah keluar dari bilik Ab, aku beralih ke kepala Ab. Aku lihat Ab macam tidur saja. Macam mana Ab selalu tidur di rumah, begitulah keadaan Ab waktu kami temui dia. Aku cium pipi Ab, dahi Ab. Aku usap-usap kepala Ab. Dia adik aku. Apapun keadaannya, dia tetap adik aku.

Jenazah Ab di bawa ke Hospital Klang untuk bedah siasat menaiki Land Rover Polis. Along ada bersama Ab sepanjang perjalanan ke hospital. Di hospital Mak Nah sekeluarga, sanak-saudara dari Banting & Fadhli sudah menunggu. Alhamdulillah, bedah siasat berjalan sekejap saja. Kata doktor, Ab mengalami komplikasi jantung. Lebih kurang jam 4 jenazah Ab sudah siap dikafankan. Semasa kami tiba di Ampang, orang sedang azan Asar. Kata Emak, waktu Ab lahir dulu pun orang tengah azan Asar juga. Aku lihat ramai sudah menanti di kawasan rumah kami. Ada juga yang sudah menanti di masjid.

Jenazah Ab dibawa masuk ke dalam rumah untuk penghormatan terakhir. Kasihan Ayis; adik aku yang bongsu. Dia mesti terkejut semasa terima berita sedih tu. Kata Kak Lis (bibik kami); tiba saja di rumah dari Perak, Ayis terus berkurung dalam bilik - menangis. Ayis rapat dengan Ab - dialah kawan bergaduh, dialah kawan bercerita, dialah kawan berkongsi minat. Waktu nak cium jenazah Ab tu Ayis masih lagi menangis. Aku cuba pujuk Ayis. Dia sedih, kami pun sedih. Tapi kita kena kuat.

Jenazah Ab dikebumikan selepas solat Asar. Ramai yang sama-sama sembahyangkan Ab. Kata Along sampai 9 saf. Yang pergi ke kubur pun ramai; macam orang berarak Maulud Nabi. Terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi jenazah Ab, dan kepada semua yang sudi sembahyangkan & mendoakan Ab.

9 Mac lalu arwah Ab genap 24 tahun usianya. 7 hari kemudian dia pergi meniggalkan kami. Aku redha dan aku bersyukur arwah pergi dalam keadaan yang baik. Semua yang datang menziarah rata-rata sayang pada arwah. Aku dengar yang baik-baik saja tentang arwah. Dan aku juga bersyukur pengurusan jenazah berjalan lancar. Boleh aku katakan yang perjalanan 'pulang'nya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah...

Aku doakan semoga segala dosa-dosa arwah diampunkan Tuhan dan rohnya ditempatkan dikalangan para solihin. Amin. Al-Fatihah...


Ab dalam kenangan (9 Mac 1986 - 16 Mac 2010)

Monday, December 7, 2009

dengan nama Allah...

It's been a while since I last having a blog. Dah 2 tahun? 3 tahun, agaknya. Tiap kali aku buka account baru, maknanya ada laa something yg berlaku dlm hidup aku - yang buat aku rasa mahu menulis. Bukan utk org lain baca, cuma utk aku suka-suka luahkan apa yg aku rasa, tampal-tampal apa-apa gambar, atau video yg aku suka. Mulanya aku berkira jgk nak tulis diari - back to basic. Tapi sbb asyik menaip dan mamkin jarang menulis, aku jadi malas (ya, MALAS!). Tulisan aku pun dah huru-hara, sampai aku sendiri tak boleh nak baca! Dasyat~




Untuk permulaan, aku cuma nak tampal ini...





Kya~! Yogatta! I'm glad it's Ohno-san. Huhuhu. *angau*